Sunday, 4 February 2018
PENGENALAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Apa khabar,sihat ke ? Diharapkan semua pembaca sihat selalu.
DALIL AL-QURAN
DALIL AL-QURAN
Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana didarat dan dilaut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia(timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,supaya mereka kembali(insaf dan bertaubat).
(Surah Ar-Rum,ayat 41)
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepadamu(kebahagiaan)negeri akhirat,dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dan(kenikmatan)duniawi dan berbuat baiklah(kepada orang lain)sebagaimana Allah SWT telah berbuat baik kepadamu,dan janganlah kamu berbuat kerosakan di(muka)bumi.Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.
(Surah Al-Qasas,ayat 77)
DALIL HADIS
DALIL HADIS
Islam amat menitikberatkan tentang kebersihan.Kawasan untuk menunaikan ibadah solat haruslah bersih dan terhindar daripada najis.Kebersihan melambangkan keperibadian seseorang.Sekiranya kita menjaga kebersihan sesama manusia kita dapat memulihara dan memelihara alam sekitar.Memulihara dan memelihara alam sekitar akan menjadikan persekitaran bebas daripada sebarang pencemaran.Hal ini menjadi,kawasan perumahan lebih bersih.
"Agama Islam itu adalah(agama)yang bersih/suci,maka hendaklah kamu menjaga kebersihan.Sesungguhnya tidak akan masuk syurga,kecuali orang-orang yang suci".
(H.R BAIHAQI)
Diriwayatkan dari Sa'ad bin Al-Musayyib dari Rasulullah SAW.Beliau bersabda:"Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci,Dia Mahabersih yang menyukai kebersihan,Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan,Dia Mahaindah yang menyukai keindahan,kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu.Dan jangan meniru orang-orang Yahudi.
(H.R TIRMIZI)
HUKUM
HUKUM
Hukum asalnya adalah harus.Pengurusan sisa pepejal merupakan tuntutan fardhu kifayah iaitu sekiranya sebahagian daripada kita telah melakukan perkara tersebut maka sebahagiannya tidak perlu membuatnya.
KEPENTINGAN TIGA TONG SAMPAH
Subscribe to:
Posts (Atom)