Kawaii Cute Dancing Kaoani

Wednesday 31 January 2018

KAEDAH PENGURUSAN

KAEDAH PENGURUSAN

P
ihak kerajaan mewajibkan pengasingan sisa pepejal dirumah mulai 1 September 2015.Peraturan ini telah dilaksanakan dibawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007(Akta 672).

Pengasingan sisa pepejal mengikut jenis :

Mengikut kaedah 3R iaitu Reduce,Recycle and Reuse :

a) Pengasingan kertas 

- surat khabar,majalah,buku,kertas A4 dan katalog.

b) Plastik

- bekas makanan,botol minuman,beg plastik,baldi.




c) Lain lain bahan yang boleh dikitar semula


- Kaca seramik : pinggan,cawan kaca dan botol kicap.


- Tin aluminium/besi : tin makanan dan alatan dapur.

- Sisa elektrik/barang elektrik kecil : bateri,kalkulator,telefon bimbit dan lampu
                                                        kalimantang.




- Bahan fabrik dan getah : kasut,tayar,beg tangan dan pakaian.


- Sisa yang mengandungi bahan kimia : bekas penyembur,ubat nyamuk,bekas racun dan
            bekas bahan pelarut.


- Sisa baki : Sisa makanan,lampin pakai buang.







Pemprosesan semula biologi :

Bahan sisa yang bersifat organik seperti bahan tumbuh-tumbuhan,sisa makanan dan keluaran kertas dapat dikitar semula menggunakan proses pencernaan biologi untuk menguraikan jirim organik.Tujuan ini untuk mengawal dan mempercepatkan proses semula jadi penguraian jirim organik.


Pemulihan tenaga :


Kandungan bahan dapat dimanfaatkan dengan cara menggunakannya sebagai bahan api kebakaran langsung atau tidak langsung untuk memproses menjadi jenis bahan api yang lain.Pirolisis dan penegasan merupakan dua bentuk pengolahan haba yang berkait,dengan bahan sisa dipanaskan sehingga suhu yang tinggi menerusi penggunaan oksigen yang terhad dan dilakukan didalam sebuah bekas terkedap dibawah tekanan yang tinggi.Pirolisis sisa pepejal menukarkan bahan menjadi produk pepejal,cecair dan gas.Sisa pepejal boleh ditapis lagi supaya dijadikan produk-produk seperti karbon diaktifkan.






1 comment:

  1. bagaimana nak terap kan sikap 3R kepada rakyat malaysia terutamanya walaupun sistem ini telah diamalkan.mohon pencerahan..terima kasih😁

    ReplyDelete