Kawaii Cute Dancing Kaoani

Wednesday 31 January 2018

PUNCA LAMBAKAN SISA PEPEJAL

PUNCA LAMBAKAN SISA PEPEJAL :


 1. Pertambahan jumlah penduduk
Jumlah penduduk yang semakin bertambah menyumbang kepada penghasilan sisa pepejal. Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari. Jika dikira dengan jumlah penduduk Malaysia kini, sememangnya faktor pertambahan penduduk menjadi salah satu punca terbesar dalam penjanaan sisa pepejal negara.
 2. Kutipan sampah/sisa yang tidak tepat pada masa
Pada Oktober 1994, Kerajaan menyarankan kepada syarikat swasta untuk membuat tawaran bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta untuk memindahkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal daripada Pihak Berkuasa Tempatan kepada kerajaan pusat. Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Namun begitu, masalah lambakan sisa pepejal ini berlaku apabila terdapat beberapa syarikat swasta yang bertanggungjawab melakukan kutipan sisa dan bahan buangan ini dari rumah ke rumah telah gagal menjalankan tugas mereka mengikut jadual.Masalah ini sering berlaku di kawasan perumahan pangsa dan taman perumahan.
 3. Sikap masyarakat yang tidak prihatin
Punca pertambahan sisa pepejal yang paling kritikal ialah sikap masyarakat sendiri yang tidak prihatin terhadap alam sekitar. Sikap masyarakat yang tidak ambil peduli terhadap alam sekitar menyebabkan mereka membuang sampah sewenang-wenangnya tanpa berfikir tentang kesannya terhadap alam sekitar. Segala kempen alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan tidak diendahkan. Sikap ini seharusnya dihakis dalam diri setiap manusia kerana sikap tidak prihatin inilah yang menyebabkan alam sekitar terancam. Sikap malas masyarakat untuk mengitar semula menjadi penyumbang utama pertambahan sisa pepejal isi rumah.

No comments:

Post a Comment