Kawaii Cute Dancing Kaoani

Wednesday 31 January 2018

KAEDAH PENGURUSAN

KAEDAH PENGURUSAN

P
ihak kerajaan mewajibkan pengasingan sisa pepejal dirumah mulai 1 September 2015.Peraturan ini telah dilaksanakan dibawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007(Akta 672).

Pengasingan sisa pepejal mengikut jenis :

Mengikut kaedah 3R iaitu Reduce,Recycle and Reuse :

a) Pengasingan kertas 

- surat khabar,majalah,buku,kertas A4 dan katalog.

b) Plastik

- bekas makanan,botol minuman,beg plastik,baldi.




c) Lain lain bahan yang boleh dikitar semula


- Kaca seramik : pinggan,cawan kaca dan botol kicap.


- Tin aluminium/besi : tin makanan dan alatan dapur.

- Sisa elektrik/barang elektrik kecil : bateri,kalkulator,telefon bimbit dan lampu
                                                        kalimantang.




- Bahan fabrik dan getah : kasut,tayar,beg tangan dan pakaian.


- Sisa yang mengandungi bahan kimia : bekas penyembur,ubat nyamuk,bekas racun dan
            bekas bahan pelarut.


- Sisa baki : Sisa makanan,lampin pakai buang.







Pemprosesan semula biologi :

Bahan sisa yang bersifat organik seperti bahan tumbuh-tumbuhan,sisa makanan dan keluaran kertas dapat dikitar semula menggunakan proses pencernaan biologi untuk menguraikan jirim organik.Tujuan ini untuk mengawal dan mempercepatkan proses semula jadi penguraian jirim organik.


Pemulihan tenaga :


Kandungan bahan dapat dimanfaatkan dengan cara menggunakannya sebagai bahan api kebakaran langsung atau tidak langsung untuk memproses menjadi jenis bahan api yang lain.Pirolisis dan penegasan merupakan dua bentuk pengolahan haba yang berkait,dengan bahan sisa dipanaskan sehingga suhu yang tinggi menerusi penggunaan oksigen yang terhad dan dilakukan didalam sebuah bekas terkedap dibawah tekanan yang tinggi.Pirolisis sisa pepejal menukarkan bahan menjadi produk pepejal,cecair dan gas.Sisa pepejal boleh ditapis lagi supaya dijadikan produk-produk seperti karbon diaktifkan.






PUNCA LAMBAKAN SISA PEPEJAL

PUNCA LAMBAKAN SISA PEPEJAL :


 1. Pertambahan jumlah penduduk
Jumlah penduduk yang semakin bertambah menyumbang kepada penghasilan sisa pepejal. Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari. Jika dikira dengan jumlah penduduk Malaysia kini, sememangnya faktor pertambahan penduduk menjadi salah satu punca terbesar dalam penjanaan sisa pepejal negara.
 2. Kutipan sampah/sisa yang tidak tepat pada masa
Pada Oktober 1994, Kerajaan menyarankan kepada syarikat swasta untuk membuat tawaran bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta untuk memindahkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal daripada Pihak Berkuasa Tempatan kepada kerajaan pusat. Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Namun begitu, masalah lambakan sisa pepejal ini berlaku apabila terdapat beberapa syarikat swasta yang bertanggungjawab melakukan kutipan sisa dan bahan buangan ini dari rumah ke rumah telah gagal menjalankan tugas mereka mengikut jadual.Masalah ini sering berlaku di kawasan perumahan pangsa dan taman perumahan.
 3. Sikap masyarakat yang tidak prihatin
Punca pertambahan sisa pepejal yang paling kritikal ialah sikap masyarakat sendiri yang tidak prihatin terhadap alam sekitar. Sikap masyarakat yang tidak ambil peduli terhadap alam sekitar menyebabkan mereka membuang sampah sewenang-wenangnya tanpa berfikir tentang kesannya terhadap alam sekitar. Segala kempen alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan tidak diendahkan. Sikap ini seharusnya dihakis dalam diri setiap manusia kerana sikap tidak prihatin inilah yang menyebabkan alam sekitar terancam. Sikap malas masyarakat untuk mengitar semula menjadi penyumbang utama pertambahan sisa pepejal isi rumah.

KESAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL

KESAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL : 



1. Cara pembuangan yang tidak terancang boleh menyebabkan pencemaran pada alam
    sekitar.

2. Sisa-sisa pembuangan sampah juga boleh membawa
    pelbagai wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan-
    haiwan perosak seperti tikus,lipas,burung gagak,lalat dan
    lain-lain sehingga menyebabkan penularan pelbagai
    wabak penyakit kesan daripada pembuangan sisa pepejal
    yang tidak teratur ini seperti demam
    denggi,taun,malaria,keracunan makanan dan sebagainya.

3. Pembakaran sampah dan bahan buangan pertanian boleh menyebabkan jerebu.

CARA MENGATASI PEMBUANGAN SISA PEPEJAL

CARA MENGATASI PEMBUANGAN SISA PEPEJAL 


1. Menyebarkan maklumat melalui :

   - Saluran televisyen dan radio.
   - Hebahan melalui laman sosial seperti facebook,instagram dan twitter.
   - Penyediaan risalah dan poster.

2. Melibatkan komuniti setempat seperti persatuan
    penduduk melalui program 3R yang dilaksanakan disetiap
    kawasan perumahan dan sekolah.
3. Melibatkan kerjasama antara Kementerian Pendidikan
    Malaysia berkaitan kepentingan dan penjagaan alam
    sekitar serta keburukan sekiranya memandang ringan
    tentang pengurusan sisa pepejal.

KESIMPULAN

 

KESIMPULAN 



Pencapaian pengurusan sisa pepejal bergantung kepada bagaimanakah masyarakat menyedari dan melibatkan diri dalam mengamalkan kaedah pengurusan yang betul.Selain itu,disebabkan peningkatan teknologi dan masyarakat di sesuatu negeri mengakibatkan sisa bahan buangan bertambah berbanding dinegeri yang kurang maju.

VIDEO

VIDEO



 >

RUJUKAN

RUJUKAN






Perkara yang kami pelajari dalam pengurusan sisa pepejal ialah dapat menentukan setiap bahan buangan mengikut kategori tong sampah yang telah disediakan.Sekiranya tidak menguruskan sisa pepejal dengan betul ia akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Kita haruslah menyanyangi alam sekitar yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia untuk dijaga dan dipelihara dengan baik.